Search This Blog

Friday, 6 May 2011

Chat Logs #3

PMR dah abis!!... honeymoon year coming out... masa untuk aku kembali didepan pc. setahun aku tak memegang keyboard ni untuk chat. setahun aku berhempas pulas untuk PMR ini masa aku kembali ke dunia irc. tak banyak berubah di irc. sama seperti sedia kala cuma channel #geng yg dulu meninggalkan kenangan yang amat manis.member2 #geng takde dah.. termasuk org paling ku tak bleh lupa. NazatulAkhma. kat mana akak sekarang?. adik rindu...

Yoep84 has join #14thn

Yoep84 : hello semekom.... ada org tak?

salam aku tiada jawapan. memasing sibuk berchatting dengan hal memasing. gelak ketawa mereka. ya maybe aku sudah lama tak berada di mirc. ramai chatter2 baru yg tidak ku kenali. OP2 pula pon berubah. tetiba

N_zura: hye yoep. dak baru ye?
Yoep84 : lama dah.. tapi berhenti kejap sebab pmr
N_zura: owh kita sebaya. yoep ini org perak eh?
Yoep84: yup... tahu je kan?
N-zura : mesti la... hehehe tahu la perak kuat bola...

lama juga aku berchating dengan awek ni. dari situ aku kenal kawan2 baru di irc. seperti cry4freedom , Qalif , Farisha , Sweet14 dan ramai lagi. dan disini juga hari2 manis aku berada di mirc bermula. aku berkenalan dengan seorang gadis bernama Edlinda.

Saturday, 30 April 2011

Rampas..

bangang!

siak!

sengal!

pukimak!

cilaka!!

2 tahun aku usahakan... sesenang kene rampas..

otak tak guna...  adat permainan la kalah menang

hack account aku nko pilih

mampus nko la..

aku doa idup tak lama

mampus nko laa

sampai mati aku tak maafkan nko...

pergi mati la...

Friday, 8 April 2011

kisah lima ringgit #1

Kuar dari cybercafe lepas layan counterstrike dengan kengkawan agak meletihkan.  biasa la spend 2 jam on that what aku sakit kepala dengan bunyi bising senapang , bom meletup dan sebagainya. aku tgk jam baru kul 8. mahgrib aku  tuang agi. time camni aku patutnye kat rumah study tapi final exam dah abis.. aku nak spend time kat ipoh agi sebelum balik ke kampung halaman ku kat tg malim

tgk dompet aku ade 5 ringgit. duit ade dlm bank malas nak pegi cucuk. perut takde la lapa sangat api tinggin nak mengunyah something.. rumah sewa ade meggi nanti balik karang masak. sekang ni awal lagi nak bali. aku jenguk member2 aku dlm cc.. semua dok nak mengcounterstrike agi..konfirm lambat agi tuh.

aku naik moto terus cabut ke 7e berhampiran. setelah sampai.. aku ambik me cup murah dan mineral. semua harga 2.50. sekang aku ade 2.50 agi. aku terus lepak depan  7e menikmati mee cup tersebut. aku menghirup mee tuh cam tak makan mee 10 tahun. then ade la minah tuh , aku rasa tengah tunggu balaknye kot. die dok mengusha aku tgh hirup mee ni. aku pandang die balik die toleh muka die.

"die nak mee aku ni ke " kate aku dlm hati. tapi aku wat tak heran. tapi lelama aku naik nyirap sebab die dok usha mee aku dan bukan aku. lalu

"Adik nah 2.50 ni gi beli mee cup kat dlm" dan terus aku naik moto dan terus cabut dari situ.

Tuesday, 5 April 2011

ipoh yg hebat..

ipoh ini hebat...

aku leh berjalan kaki ke Bombay

menaiki kereta ke vegas dan hollywood..

hebat sungguh ipoh

Monday, 4 April 2011

Chat Logs #2

Tangan aku memegang keybord. tak tahu nak chat ape dlm channel #14thn ni. bebudak dia belagak tanak chat kat public.. semuanya nyelam dengan pasangan memasing. termaksuk Ezatulakhma , adik kepada akak nazatulakhma yg agak rapat dulu. sekarang dengar cite masuk universiti.. tapi tatau universiti mana.

Caspergirl joint #14thn
Chanserv sets mode : +O Caspergirl

hmm makwe taiping ni dah on, shadni namanya.. die suh aku panggil die shad.

Yoep84 : elo shad
Caspergirl : hye yoep. awal online arini?
Yoep84 : yup buhsan pepetank ni. nak gi main bola, padang lecah plak.
Caspergirl : bila nak balik taiping?
Yoep84 : kalo aku balik bukan dapat jumpa ang...
Caspergirl : haha
Caspergirl sets mode : +V Yoep84
Yoep84 : thank 4 the voice
Caspergirl : mana pegi op nko?
Yoep84 : hahaha kene delete agi.. aku rasa ade SOP tak suke aku kot..
Caspergirl : hmm takpe la.

perbualan kami diteruskan dengan cakap2 kosong sebelum kilat sabung menyambung terus merosakkan modern aku.

K4in's monolog #1

Nama aku din . aku bersekolah di SK kalumpang , darjah enam. Aku selalu di buli. pergi sekolah adalah perkara yag menakutkan bagi aku.  on the way ke sekolah saja dah dihidangkan dengan 4 ekor anjing yg sngat garang. aku terpaksa lalu jalan tuh. sebab nenek tak kasi aku jalan utama. sebab banyak kereta. sebab aku cucu yg taat, aku terpaksa ikut jalan yg ade 4 ekor anjing tuh

sampai sekolah , baju aku basah. berpeluh pecut basikal chopper hijau aku . kawan2 bukan nak kesian, mengejek adalah. time tuh aku dibuli sebab suka kat sorang makwe yg cantik dan pandai dlm kelas. tapi sebenarnya awek tuh dok usha aku dari darjah 4. memana die selalu tgk aku. maybe kengkawan aku takde modal.. dieorg paksa aku bagitahu aku suke sapa.. aku menolak sekeras2nya.. tapi hati aku ni lembut cam mentega sunrise yg sedap tu. aku bagitahu la aku suke zarina. nama seindah rupanya yg putih melepak.

adelah 3 bulan aku di ejek dan sampai cikgu2 pon tahu aku suke minah tuh... tapi si zarina tuh... entah la... hanya tuhan saja tahu perasaan die kat aku. tak berani aku nak cakap. kemudian kami dibising dengan peperiksaan UPSR. aku takurt toi pasal exam ni. hehari kene study dengan abah kat rumah. die terapkan math kat anak2 die. kalo study dengan die. kaki dan tangan kat muke aku. memang sakit tapi dlm sudut hati aku tak membencinya. dan ternyata aku hebat dlm math lepas tuh.

Saturday, 2 April 2011

Chat Logs #1

pukul 7.00 pagi, harini cuti sekolah , walaubagaimanapun aku kene ready pergi tusyen. selepas mandi.. aku buka PC ku. aku bukak connection Dail up tmnet. bunyi ewokewok agak merungsikan jiwa aku. aku harap satu hari nanti nak bukak connection ni tak perlu ada bunyi sakit jiwa ni.

aku membawa mouse ku dan klik pada software MIRC. aku memeriksa nickname dan server yang ingin aku layari. Yoep84 dan server dalnet. lalu ku klik bebutang connect dan ku terpaksa menunggu 5 minit untuk selesai connection mirc tersebut.

setelah selesai, ku masuk kedalam channel yg ku biasa lawati., #geng namanya. didalamnya ade seorang OP. ku hanya tersenyum. melihat OP itu adalah wanita yang aku sukai. kak nazatulakhma. lawa namanya. tapi entah lawa rupanya tidak ku tahu

NazatulAhkma : A'skum dik
Yoep84: Wasalam kak
NazatulAhkma : dah sarapan? lom pergi tusyen?
Yoep84: belum lagi kak , tgh tunggu acu ambik.
NazatulAhkma : oooo
Yoep84 : eza sihat?.. mana die?
NazatulAhkma : aih... rindu ke?
Yoep84 : heh...

peng peng!  hon kereta acu aku berbunyi. aku mula bersiap lalu..

Yoep84 : Akak.. adik nak gi tusyen dulu ye bye..
NazatulAhkma : ok dik takecare... i'll miss u

lalu ku tutup PC tuh tanpa membalas kata2 manisnya