Search This Blog

Sunday, 14 September 2014

Dear cinta

Dear cinta
Engkau datang bawa bahagia
Berbunga kembang hati ku
Mentari menyinari ku
Bagaikan dunia ini syurga ku.

Dear cinta.
Engkau datang bawa derita
Tatkala aku mengalir air mata
Terus kau menusuk bagai selumbar
Terguris jiwa dan raga

Mengapa?
Harapan sinar kau janji
Sengsara kau beri
Aku tak faham
Aku takkan faham kau
Wahai cinta

Aku mahu kau
Dan aku juga benci kau

Dear cinta
Pergi
Pergi jauh
Datang bila kau sudah sedia
Bila aku sudah sedia
Dimana kita berdua
Memerlukan
Antara satu dengan lain

Tuesday, 17 April 2012

Sweet, Sweet o honey
Sweetness bring it healthy
A Cure for everything
O Sweet, Sweet ol Honey
Flora thou from
Fauna take into thee
To the complexion of Hive
For the gift of highest Queen
O sweet, sweet honey
Sweetness making Thy happy
Happy making Thy a laughter
Laughter bring Thou a life
For the most powerful medicine
I make this poem for Thee
O Sweet, sweet Honey.

Friday, 24 February 2012

3 Hari terakhir (fanfic dari ZombiJaya karya Adib Zaini)

Hati berdebar-debar, berdegup laju bagai piston kereta yang bergerak dengan halaju 210 km/j. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh Aleeya, sumpah seranah mencarut di mulutnya. Zombi berkeliaran di sekeliling bandar Ipoh. Bermula dari stesen keretapi dan terus merebak di kompleks membeli belah Ipoh Parade. Aleeya terperangkap. Tak disangkanya perkara yang pelik ini berlaku pabila dia hanya baru berpindah di bandar yang klasik ini.

Aleeya bersama teman lelaki baru dia kenali 3 hari lepas. Mamat ni bernama Zahari, menyewa disebelah rumahnya. Zahari adalah pelajar Politeknik Ungku Omar. Muda daripadanya 5 tahun, agak kacak dan bergaya. Aleeya melihat keikhlasan si Zahari bila mamat itu menolongnya mengangkat barang-barang untuk di kemas di rumah barunya.

Aleeya baru sahaja bertukar jawatan pensyarah PUO. Walaupun berlainan jurusan, mereka berdua tetap pelajar dan pensyarah. Tapi cinta terlampau membuat manusia buta, tanpa mengira umur dan jawatan, mereka mula keluar bersama. Aleeya perlukan seseorang untuk menemaninya. Lagi-lagi pekan yang tidak pernah dilawatinya kini menjadi tempat dia menetap mencari rezeki.
Tidak disangka, temujanji dia dan Zahari pada hari itu menjadi mimpi buruk baginya. Zahari di ratah hidup-hidup oleh zombie di depan matanya. Usaha teman lelakinya itu membawa padah pada diri sediri. Aleeya kini tersemput-semput berlari tanpa tujuan. Dia berhenti seketika, menunjuk bernafas laju. Dia tak mampu berlari lagi.

Terduduk hanya mampu dia lakukan pada saat itu, sambil tangannya memegang dinding. Emosinya tidak menentu hanya mampu menitiskan air matanya, kecewa kebahagiaan yang dia baru dapat setelah sekian lama menderita bersuamikan lelaki jantan jahanam. 3 tahun perkahwinannya bersama Kamal tidak memberi apa erti padanya. 3 tahun itu jua dia di lanyak, di belasah , di rogol dan apa sahaja dapat memuaskan nafsu binatang kamal. 3 tahun dia cuba menjadi isteri yang taat tapi tidak mampu, dia diceraikan kamal tanpa sebab, dihalau keluar dari rumah. Kemudian bermula kehidupan hitamnya sehingga dia berhijrah ke ipoh. Menemui Zahari, lelaki yang bertanggungjawab dan dia yakin, lelaki semuda itu mampu menjaganya.
Huarghhhhh!!
Bunyi zombi semakin dekat, dia tahu zombi bermula dari Kuala Lumpur (yang Kini menjadi Zombijaya) tempat kurantin virus yang tidak diketahui nama dan punca. Mampu menjadikan manusia menjadi zombi, mayat hidup yang dahagakan darah. Kini berada di Ipoh, mungkin seorang dari KL telah bernasib baik melepaskan diri dari neraka dunia itu, tanpa mengetahui dirinya sudah dijangkiti virus tersebut.

Aleeya tidak mampu untuk bangun, tangan nya mencapai sebatang besi, tempat dia mencangkung sekian lama. Lari ke mana pun ada zombi, peratusan untuk jumpa sekumpulan orang yang tidak dijangkiti amat tipis. Tawakkal diri sahaja mampu dia lakukan. Zombi semakin menghampirinya. Setiap penjuru zombi perlahan berjalan , merangkak , mengesot dan pelbagai jenis pergerakan dapat dia direkodkan di mata Aleeya. Saat-saat akhir kehidupannya menyerikan berhadapan dengan zombi. Di mengegam batang besi dan bertindak ganas melibas sekumpulan zombi-zombi sehingga seorang darinya dapat menerkamnya. Dia tak mampu berbuat apa menahan kesakitan badanya diratah zombi sehingga nafasnya terhenti.

Saturday, 8 October 2011

sedih


Sangat sedih bila terasa ini lonely tiada teman ingin bercerita tentang hati. Aku dilamun cinta dengan seorang yang bakal menjadi isteri kepada seseorang. Aku penah memiliki cintanya tapi kini dia milik seseorang. Perlu aku menunggu atau biarkan ia berlalu pergi? Sesungguhnya aku tidak mampu. Aku gagal dalam percintaan.

Moralnya , jika aku dapat seseorang sebaik dia. Aku takkan lepaskan walaupun sesaat walaupun aku fikir perkara itu kejam.

Wednesday, 15 June 2011

Insaflah

Kias Pagi makan pagi

kias petang makan petang

sampai bile kau nak begitu

cakap besar tapi usaha takda

ego kau tinggi tapi akal tiada

gaji ciput belanja macam menteri

usaha sket gebang ja lebeh

kau bukan nelayan di laut

memang mengharapkan hasilnya disamudera

kau bukan pengutip tin botol kosong

yang mengaharap hasil kutipannya

kau adalah maharaja dalam bidang kau.

mengapa nko setaraf dengan nelayan itu?

mengapa nko serdarjat dengan si pengutip itu

tapi yg membezakan kau dengan mereka..

halal bagi mereka haram bagi mu

insafla wahai sahabat

hari masih panjang

kau masih muda

masih belum terlambat

insaf la...

Sunday, 12 June 2011

Muka Semanis kopi

Hitam...!

Pekat....!

Likat ...!

Cukup keta...!

itu la muka kau....

Manis....

kadang2 pahit...

itu la kau.....

Muka semanis kopi

ada hati nak ngorat lisa suriani....

ptuih!... pirah,,!

Saturday, 11 June 2011

childhood Friend.....

Dalam perjalan balik ku dari 3 hari trip kenyir. kami dalam kereta hanya bersembang kosong. biasa anak muda kalo tak pasal awek or hobby or Ragnarok online... tetiba sampai kami di persimpangan bukit tinggi. "along.. ni jalan nak gi mana..." kata adik ku yg ku panggil alang. "ini kan jalan nak gi tempat bukit tinggi dulu.. yg korang semua pegi.. aku duduk stesen... jeles tau" jawap ku dengan acuh tak acuh.. jeleut fas gak tak pegi tempat ni.. "ala bukan ade ape pon... family day je kot" alang terus menjawap.

family day.. ya... aku dah lama tak ikut family day opis abah aku.. last aku gi  masa tuh aku still form 3. itu la kali terakhir aku jumpa childhood friend aku.. serious aku lupa nama die.. tapi seingat aku die memang lawa.. cukup untuk aku terpesona dengan die.. kalo aku masih berhubung dengannya... mungkin dia... hmmm

aku cuba ingat2 kisah lama aku dengan dia. dia berumur tua setahun dengan aku. dia agak agresif. ketika abah dan ayah nye rapat.. mereka selalu berkunjung kerumah dan kita akan bermain bersama... permainan paling kerap aku dengan dia ialah kawin olok.... korang sendiri pk camner sitiuasi die... malas aku nak habaq.

paling indah bila kami sekeluarga mengikut keluarganya melancong ke indonesia. aku tak bape ingat kisah tuh.. lagi pon masih kecil.. tapi masa kat pulau tioman... hmmmm kami memang agak rapat... pegang2 tangan. mandi2 di pantai bersama. hmmmm rindu masa tuh

pada hari terakhir tuh... kami tak bertegur sapa... aku dengan ego aku.. die mungkin malu.. kekadang aku curi2 pandang die.. dia tak pandang aku... tapi ade budak kata die ada gak jeling kat aku... hmm entah lah.
aku start tak dengar cite pasal dia sejak ayah die meninggal.. car eksiden di slim river... memang tragic.. hmm aku simpati dengan mereka... tapi masa tuh spm pon tak lepas agi...

aku harap satu hari nanti aku akan ingat nama die... jumpa... entah la