Search This Blog

Tuesday, 17 April 2012

Sweet, Sweet o honey
Sweetness bring it healthy
A Cure for everything
O Sweet, Sweet ol Honey
Flora thou from
Fauna take into thee
To the complexion of Hive
For the gift of highest Queen
O sweet, sweet honey
Sweetness making Thy happy
Happy making Thy a laughter
Laughter bring Thou a life
For the most powerful medicine
I make this poem for Thee
O Sweet, sweet Honey.

Friday, 24 February 2012

3 Hari terakhir (fanfic dari ZombiJaya karya Adib Zaini)

Hati berdebar-debar, berdegup laju bagai piston kereta yang bergerak dengan halaju 210 km/j. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh Aleeya, sumpah seranah mencarut di mulutnya. Zombi berkeliaran di sekeliling bandar Ipoh. Bermula dari stesen keretapi dan terus merebak di kompleks membeli belah Ipoh Parade. Aleeya terperangkap. Tak disangkanya perkara yang pelik ini berlaku pabila dia hanya baru berpindah di bandar yang klasik ini.

Aleeya bersama teman lelaki baru dia kenali 3 hari lepas. Mamat ni bernama Zahari, menyewa disebelah rumahnya. Zahari adalah pelajar Politeknik Ungku Omar. Muda daripadanya 5 tahun, agak kacak dan bergaya. Aleeya melihat keikhlasan si Zahari bila mamat itu menolongnya mengangkat barang-barang untuk di kemas di rumah barunya.

Aleeya baru sahaja bertukar jawatan pensyarah PUO. Walaupun berlainan jurusan, mereka berdua tetap pelajar dan pensyarah. Tapi cinta terlampau membuat manusia buta, tanpa mengira umur dan jawatan, mereka mula keluar bersama. Aleeya perlukan seseorang untuk menemaninya. Lagi-lagi pekan yang tidak pernah dilawatinya kini menjadi tempat dia menetap mencari rezeki.
Tidak disangka, temujanji dia dan Zahari pada hari itu menjadi mimpi buruk baginya. Zahari di ratah hidup-hidup oleh zombie di depan matanya. Usaha teman lelakinya itu membawa padah pada diri sediri. Aleeya kini tersemput-semput berlari tanpa tujuan. Dia berhenti seketika, menunjuk bernafas laju. Dia tak mampu berlari lagi.

Terduduk hanya mampu dia lakukan pada saat itu, sambil tangannya memegang dinding. Emosinya tidak menentu hanya mampu menitiskan air matanya, kecewa kebahagiaan yang dia baru dapat setelah sekian lama menderita bersuamikan lelaki jantan jahanam. 3 tahun perkahwinannya bersama Kamal tidak memberi apa erti padanya. 3 tahun itu jua dia di lanyak, di belasah , di rogol dan apa sahaja dapat memuaskan nafsu binatang kamal. 3 tahun dia cuba menjadi isteri yang taat tapi tidak mampu, dia diceraikan kamal tanpa sebab, dihalau keluar dari rumah. Kemudian bermula kehidupan hitamnya sehingga dia berhijrah ke ipoh. Menemui Zahari, lelaki yang bertanggungjawab dan dia yakin, lelaki semuda itu mampu menjaganya.
Huarghhhhh!!
Bunyi zombi semakin dekat, dia tahu zombi bermula dari Kuala Lumpur (yang Kini menjadi Zombijaya) tempat kurantin virus yang tidak diketahui nama dan punca. Mampu menjadikan manusia menjadi zombi, mayat hidup yang dahagakan darah. Kini berada di Ipoh, mungkin seorang dari KL telah bernasib baik melepaskan diri dari neraka dunia itu, tanpa mengetahui dirinya sudah dijangkiti virus tersebut.

Aleeya tidak mampu untuk bangun, tangan nya mencapai sebatang besi, tempat dia mencangkung sekian lama. Lari ke mana pun ada zombi, peratusan untuk jumpa sekumpulan orang yang tidak dijangkiti amat tipis. Tawakkal diri sahaja mampu dia lakukan. Zombi semakin menghampirinya. Setiap penjuru zombi perlahan berjalan , merangkak , mengesot dan pelbagai jenis pergerakan dapat dia direkodkan di mata Aleeya. Saat-saat akhir kehidupannya menyerikan berhadapan dengan zombi. Di mengegam batang besi dan bertindak ganas melibas sekumpulan zombi-zombi sehingga seorang darinya dapat menerkamnya. Dia tak mampu berbuat apa menahan kesakitan badanya diratah zombi sehingga nafasnya terhenti.