Hati berdebar-debar, berdegup laju bagai piston kereta yang bergerak dengan halaju 210 km/j. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh Aleeya, sumpah seranah mencarut di mulutnya. Zombi berkeliaran di sekeliling bandar Ipoh. Bermula dari stesen keretapi dan terus merebak di kompleks membeli belah Ipoh Parade. Aleeya terperangkap. Tak disangkanya perkara yang pelik ini berlaku pabila dia hanya baru berpindah di bandar yang klasik ini.
Aleeya bersama teman lelaki baru dia kenali 3 hari lepas. Mamat ni bernama Zahari, menyewa disebelah rumahnya. Zahari adalah pelajar Politeknik Ungku Omar. Muda daripadanya 5 tahun, agak kacak dan bergaya. Aleeya melihat keikhlasan si Zahari bila mamat itu menolongnya mengangkat barang-barang untuk di kemas di rumah barunya.
Aleeya baru sahaja bertukar jawatan pensyarah PUO. Walaupun berlainan jurusan, mereka berdua tetap pelajar dan pensyarah. Tapi cinta terlampau membuat manusia buta, tanpa mengira umur dan jawatan, mereka mula keluar bersama. Aleeya perlukan seseorang untuk menemaninya. Lagi-lagi pekan yang tidak pernah dilawatinya kini menjadi tempat dia menetap mencari rezeki.
Tidak disangka, temujanji dia dan Zahari pada hari itu menjadi mimpi buruk baginya. Zahari di ratah hidup-hidup oleh zombie di depan matanya. Usaha teman lelakinya itu membawa padah pada diri sediri. Aleeya kini tersemput-semput berlari tanpa tujuan. Dia berhenti seketika, menunjuk bernafas laju. Dia tak mampu berlari lagi.
Terduduk hanya mampu dia lakukan pada saat itu, sambil tangannya memegang dinding. Emosinya tidak menentu hanya mampu menitiskan air matanya, kecewa kebahagiaan yang dia baru dapat setelah sekian lama menderita bersuamikan lelaki jantan jahanam. 3 tahun perkahwinannya bersama Kamal tidak memberi apa erti padanya. 3 tahun itu jua dia di lanyak, di belasah , di rogol dan apa sahaja dapat memuaskan nafsu binatang kamal. 3 tahun dia cuba menjadi isteri yang taat tapi tidak mampu, dia diceraikan kamal tanpa sebab, dihalau keluar dari rumah. Kemudian bermula kehidupan hitamnya sehingga dia berhijrah ke ipoh. Menemui Zahari, lelaki yang bertanggungjawab dan dia yakin, lelaki semuda itu mampu menjaganya.
Huarghhhhh!!
Bunyi zombi semakin dekat, dia tahu zombi bermula dari Kuala Lumpur (yang Kini menjadi Zombijaya) tempat kurantin virus yang tidak diketahui nama dan punca. Mampu menjadikan manusia menjadi zombi, mayat hidup yang dahagakan darah. Kini berada di Ipoh, mungkin seorang dari KL telah bernasib baik melepaskan diri dari neraka dunia itu, tanpa mengetahui dirinya sudah dijangkiti virus tersebut.