rasa nya aku ni takde la se jiwang mana... aku rasa la.. aku tak cukup jiwang.. hmm aku ni naif kot.. aku sukar nak expresskan hati aku kat sesorang. cam aku kate aku minat die.. payah sgt. maybe kelebehan yg memang dah ade kat aku jadi bau penarik dieorg untuk mendekati aku.
nak kate ensem...? ptuih.... aku ensem ke weh?.. dah la porot godang.. ondaik...! haha perkataan org rao ( tg malim dan gopeng banyak la suku kaum ni. dan aku tergolong dari mereka ). org kate penulis mempunyai hati jiwang2 gitu. pada aku semua org jiwang... kalo tak jiwang cam mana depa nak bercinta kan?
aku leh kate aku start berjiwang ni dari umur aku 11 tahun. waktu tuh aku ade minat sorang perempuan ni.. cukup minat sampai aku penah wat satu naskah skrip untuk teater klasik. di sebagai dayang istana dan aku pulak.. haha mesti la laksamana negara.. aku tergelak bile skrip aku wat tuh kantoi dek tangan mak aku.. kene gelak sakan satu family aku tgk aku wat benda alah tuh haha. tapi itu cara nya. tapi aku tatau mana pegi text tuh.. dah jadi bungkus nasi lemak kot..
pada dasar nye... aku memang tak suke menulis.. lelagi karangan untuk 3 exam paling kejam masa skolah. UPSR , PMR dan SPM.. sepanjang waktu ni aku tak banyak menulis.. aku rasa tak menulis pon... aku aktif dlm sukan. main psone , sibuk chatting kat MIRC. mengayat dak tuh dak ni. pegi jamming nan kawan2.. bercinta... sampai aku lupa masa aku nak menulis. waktu ni aku otw melatihkan diri ku menjadi seorang pakar math yg terulung. tapi takde la berjaya sangat.
gitu juga di zaman ku die politeknik. aku banyak menghabiskan masa study. dan main game online (yg waktu tuh tgh hot..). sehingga aku die ajak join internet forum.. disebabkan aku minat Anime.. aku join satu forum dinamakan Putranime HQ. disini aku mula mengasah bakat ku sebagai penulis. aku ingat sahabat ku yg mempunyai pemikiran yg agak radikal menubuhkan geng Free writer. dimana kami digalakkan menulis bende yg anda rasa nak tulis. sambil2 tuh ade projek novel yg cuba kami perkenalkan dengan cara kami. tapi tak berjaya.. hmm
aku teruskan menulis... aku ade tulis sajak.. siap post di webpage sajak tapi aku lupa dan aku rasa ramai mengcritic aku.. aku peduli apa.. tapi kekadang sakit gak bile tgk komen2 pedas.. sigh.. aku juga mula bergiat dlm penulisan Fanfic.. Fan fiction. penulisan ni lebeh kepada mengembangkan satu cerita yg telah ada. ade view seorang fan. adelah beberapa fanfic aku tulis cam.. Macross Emperor dan the secret life of Ian the lancer. just aku tak publish kat memana.. just for my own joy.
dari kehari.. aku terus menulis sampai stu masa akus stop.. sebab aku kehilangan idea.. sampai aku met somebody dlm chat IMVU. die seorang guru dan meminati penulisan. pada mula nya aku nan die banyak share idea pasal penulisan. aku nan die mula menulis satu buku tentang kisah anak muridnya yag terjebak dalam hubungan homoseksual. pada mulanya berjalan dengan baik dan kami berdua fall in love sampai aku tinggalkan awek aku yg masa tuh aku dah jelik dengan perangai die yg suke mengongkong aku. aku seorang free soul. aku tak suke org kongkong aku... belum kawen nak control aku.. lain la die mak aku...
berbalik kepada kisah aku nan cikgu tuh... kami mulai menulis. tapi die ni lak kuat jeles. kami gaduh kerana aku takbanyak spend time nan die.. sampai die dump aku camtuh je.. sebab aku tak banyak spend time nan die.. so get lost...
and gitu la jadi nya aku... setelah attend beberapa session yg projek rabak buat. aku mula start menulis. dengan cara dan gaya aku tersendiri. aku rasa seronok bila menyatakan isi hati ku di atas kertas atau di monitor lappy PINK azimat aku ni.. haha. aku akan terus menulis sampai bebila
No comments:
Post a Comment