Search This Blog

Saturday, 2 April 2011

Chat Logs #1

pukul 7.00 pagi, harini cuti sekolah , walaubagaimanapun aku kene ready pergi tusyen. selepas mandi.. aku buka PC ku. aku bukak connection Dail up tmnet. bunyi ewokewok agak merungsikan jiwa aku. aku harap satu hari nanti nak bukak connection ni tak perlu ada bunyi sakit jiwa ni.

aku membawa mouse ku dan klik pada software MIRC. aku memeriksa nickname dan server yang ingin aku layari. Yoep84 dan server dalnet. lalu ku klik bebutang connect dan ku terpaksa menunggu 5 minit untuk selesai connection mirc tersebut.

setelah selesai, ku masuk kedalam channel yg ku biasa lawati., #geng namanya. didalamnya ade seorang OP. ku hanya tersenyum. melihat OP itu adalah wanita yang aku sukai. kak nazatulakhma. lawa namanya. tapi entah lawa rupanya tidak ku tahu

NazatulAhkma : A'skum dik
Yoep84: Wasalam kak
NazatulAhkma : dah sarapan? lom pergi tusyen?
Yoep84: belum lagi kak , tgh tunggu acu ambik.
NazatulAhkma : oooo
Yoep84 : eza sihat?.. mana die?
NazatulAhkma : aih... rindu ke?
Yoep84 : heh...

peng peng!  hon kereta acu aku berbunyi. aku mula bersiap lalu..

Yoep84 : Akak.. adik nak gi tusyen dulu ye bye..
NazatulAhkma : ok dik takecare... i'll miss u

lalu ku tutup PC tuh tanpa membalas kata2 manisnya

No comments:

Post a Comment