Search This Blog

Saturday, 8 October 2011

sedih


Sangat sedih bila terasa ini lonely tiada teman ingin bercerita tentang hati. Aku dilamun cinta dengan seorang yang bakal menjadi isteri kepada seseorang. Aku penah memiliki cintanya tapi kini dia milik seseorang. Perlu aku menunggu atau biarkan ia berlalu pergi? Sesungguhnya aku tidak mampu. Aku gagal dalam percintaan.

Moralnya , jika aku dapat seseorang sebaik dia. Aku takkan lepaskan walaupun sesaat walaupun aku fikir perkara itu kejam.

Wednesday, 15 June 2011

Insaflah

Kias Pagi makan pagi

kias petang makan petang

sampai bile kau nak begitu

cakap besar tapi usaha takda

ego kau tinggi tapi akal tiada

gaji ciput belanja macam menteri

usaha sket gebang ja lebeh

kau bukan nelayan di laut

memang mengharapkan hasilnya disamudera

kau bukan pengutip tin botol kosong

yang mengaharap hasil kutipannya

kau adalah maharaja dalam bidang kau.

mengapa nko setaraf dengan nelayan itu?

mengapa nko serdarjat dengan si pengutip itu

tapi yg membezakan kau dengan mereka..

halal bagi mereka haram bagi mu

insafla wahai sahabat

hari masih panjang

kau masih muda

masih belum terlambat

insaf la...

Sunday, 12 June 2011

Muka Semanis kopi

Hitam...!

Pekat....!

Likat ...!

Cukup keta...!

itu la muka kau....

Manis....

kadang2 pahit...

itu la kau.....

Muka semanis kopi

ada hati nak ngorat lisa suriani....

ptuih!... pirah,,!

Saturday, 11 June 2011

childhood Friend.....

Dalam perjalan balik ku dari 3 hari trip kenyir. kami dalam kereta hanya bersembang kosong. biasa anak muda kalo tak pasal awek or hobby or Ragnarok online... tetiba sampai kami di persimpangan bukit tinggi. "along.. ni jalan nak gi mana..." kata adik ku yg ku panggil alang. "ini kan jalan nak gi tempat bukit tinggi dulu.. yg korang semua pegi.. aku duduk stesen... jeles tau" jawap ku dengan acuh tak acuh.. jeleut fas gak tak pegi tempat ni.. "ala bukan ade ape pon... family day je kot" alang terus menjawap.

family day.. ya... aku dah lama tak ikut family day opis abah aku.. last aku gi  masa tuh aku still form 3. itu la kali terakhir aku jumpa childhood friend aku.. serious aku lupa nama die.. tapi seingat aku die memang lawa.. cukup untuk aku terpesona dengan die.. kalo aku masih berhubung dengannya... mungkin dia... hmmm

aku cuba ingat2 kisah lama aku dengan dia. dia berumur tua setahun dengan aku. dia agak agresif. ketika abah dan ayah nye rapat.. mereka selalu berkunjung kerumah dan kita akan bermain bersama... permainan paling kerap aku dengan dia ialah kawin olok.... korang sendiri pk camner sitiuasi die... malas aku nak habaq.

paling indah bila kami sekeluarga mengikut keluarganya melancong ke indonesia. aku tak bape ingat kisah tuh.. lagi pon masih kecil.. tapi masa kat pulau tioman... hmmmm kami memang agak rapat... pegang2 tangan. mandi2 di pantai bersama. hmmmm rindu masa tuh

pada hari terakhir tuh... kami tak bertegur sapa... aku dengan ego aku.. die mungkin malu.. kekadang aku curi2 pandang die.. dia tak pandang aku... tapi ade budak kata die ada gak jeling kat aku... hmm entah lah.
aku start tak dengar cite pasal dia sejak ayah die meninggal.. car eksiden di slim river... memang tragic.. hmm aku simpati dengan mereka... tapi masa tuh spm pon tak lepas agi...

aku harap satu hari nanti aku akan ingat nama die... jumpa... entah la

Saturday, 4 June 2011

ketak! ketuk! Tap! Tap! Tang! Ting!

Ketak ketuk..

bunyi kasut bertumit tinggi...
ku mendungak.. ku lihat wanita cantik
berbeg prada berkasut.... entah ku tak tahu ape jenamanya
lagaknya wanita berkerjaya.. berjawatan tinggi mungkin

ketak ketuk

lenggang lengguk cara jalan nya
pinggul sengaja digoyang.. menyentap darah tinggi muda ku
menjeling tanda geli kepada ku.. hanya seniman jalanan
takpa ku sedar.. ku tak setaraf mu..

tap tap

kasut timberland berbunyi.
ku menoleh... ku nampak seorang lelaki
matanya tajam memokus sesuatu..
ku toleh... senyuman ku mekar tak sengaja

tap tap tap

lelaki itu melajukan pergerakan...
tangan dihulur.. lalu merentap...
jeritan perempuan prada td kedengaran...
meronta2 melawan.. tapi tak berjaya jatuh rebah

tap tap tap

lelaki itu berlari...
mukanya happy.. dapat rezeki haram harini..
mukanya riak.. bangga melakukan dosa
mukanya.... mukanya....

Tang!!!

ku hayun gitar buruk ku..
padan muka kaw pencuri..
sakit tak? hahahaha
ku pandang gitar ku... hancur

Ting!Ting! Ting

duit mencurah2 masuk dlm topi ku..
duit kertas bercampur dengan siling dimasuk
ku dongak.. wanita prada td
senyumannya tak ku heran tapi duit yg diberinya cukup membeli gibson...

Friday, 6 May 2011

Chat Logs #3

PMR dah abis!!... honeymoon year coming out... masa untuk aku kembali didepan pc. setahun aku tak memegang keyboard ni untuk chat. setahun aku berhempas pulas untuk PMR ini masa aku kembali ke dunia irc. tak banyak berubah di irc. sama seperti sedia kala cuma channel #geng yg dulu meninggalkan kenangan yang amat manis.member2 #geng takde dah.. termasuk org paling ku tak bleh lupa. NazatulAkhma. kat mana akak sekarang?. adik rindu...

Yoep84 has join #14thn

Yoep84 : hello semekom.... ada org tak?

salam aku tiada jawapan. memasing sibuk berchatting dengan hal memasing. gelak ketawa mereka. ya maybe aku sudah lama tak berada di mirc. ramai chatter2 baru yg tidak ku kenali. OP2 pula pon berubah. tetiba

N_zura: hye yoep. dak baru ye?
Yoep84 : lama dah.. tapi berhenti kejap sebab pmr
N_zura: owh kita sebaya. yoep ini org perak eh?
Yoep84: yup... tahu je kan?
N-zura : mesti la... hehehe tahu la perak kuat bola...

lama juga aku berchating dengan awek ni. dari situ aku kenal kawan2 baru di irc. seperti cry4freedom , Qalif , Farisha , Sweet14 dan ramai lagi. dan disini juga hari2 manis aku berada di mirc bermula. aku berkenalan dengan seorang gadis bernama Edlinda.

Saturday, 30 April 2011

Rampas..

bangang!

siak!

sengal!

pukimak!

cilaka!!

2 tahun aku usahakan... sesenang kene rampas..

otak tak guna...  adat permainan la kalah menang

hack account aku nko pilih

mampus nko la..

aku doa idup tak lama

mampus nko laa

sampai mati aku tak maafkan nko...

pergi mati la...

Friday, 8 April 2011

kisah lima ringgit #1

Kuar dari cybercafe lepas layan counterstrike dengan kengkawan agak meletihkan.  biasa la spend 2 jam on that what aku sakit kepala dengan bunyi bising senapang , bom meletup dan sebagainya. aku tgk jam baru kul 8. mahgrib aku  tuang agi. time camni aku patutnye kat rumah study tapi final exam dah abis.. aku nak spend time kat ipoh agi sebelum balik ke kampung halaman ku kat tg malim

tgk dompet aku ade 5 ringgit. duit ade dlm bank malas nak pegi cucuk. perut takde la lapa sangat api tinggin nak mengunyah something.. rumah sewa ade meggi nanti balik karang masak. sekang ni awal lagi nak bali. aku jenguk member2 aku dlm cc.. semua dok nak mengcounterstrike agi..konfirm lambat agi tuh.

aku naik moto terus cabut ke 7e berhampiran. setelah sampai.. aku ambik me cup murah dan mineral. semua harga 2.50. sekang aku ade 2.50 agi. aku terus lepak depan  7e menikmati mee cup tersebut. aku menghirup mee tuh cam tak makan mee 10 tahun. then ade la minah tuh , aku rasa tengah tunggu balaknye kot. die dok mengusha aku tgh hirup mee ni. aku pandang die balik die toleh muka die.

"die nak mee aku ni ke " kate aku dlm hati. tapi aku wat tak heran. tapi lelama aku naik nyirap sebab die dok usha mee aku dan bukan aku. lalu

"Adik nah 2.50 ni gi beli mee cup kat dlm" dan terus aku naik moto dan terus cabut dari situ.

Tuesday, 5 April 2011

ipoh yg hebat..

ipoh ini hebat...

aku leh berjalan kaki ke Bombay

menaiki kereta ke vegas dan hollywood..

hebat sungguh ipoh

Monday, 4 April 2011

Chat Logs #2

Tangan aku memegang keybord. tak tahu nak chat ape dlm channel #14thn ni. bebudak dia belagak tanak chat kat public.. semuanya nyelam dengan pasangan memasing. termaksuk Ezatulakhma , adik kepada akak nazatulakhma yg agak rapat dulu. sekarang dengar cite masuk universiti.. tapi tatau universiti mana.

Caspergirl joint #14thn
Chanserv sets mode : +O Caspergirl

hmm makwe taiping ni dah on, shadni namanya.. die suh aku panggil die shad.

Yoep84 : elo shad
Caspergirl : hye yoep. awal online arini?
Yoep84 : yup buhsan pepetank ni. nak gi main bola, padang lecah plak.
Caspergirl : bila nak balik taiping?
Yoep84 : kalo aku balik bukan dapat jumpa ang...
Caspergirl : haha
Caspergirl sets mode : +V Yoep84
Yoep84 : thank 4 the voice
Caspergirl : mana pegi op nko?
Yoep84 : hahaha kene delete agi.. aku rasa ade SOP tak suke aku kot..
Caspergirl : hmm takpe la.

perbualan kami diteruskan dengan cakap2 kosong sebelum kilat sabung menyambung terus merosakkan modern aku.

K4in's monolog #1

Nama aku din . aku bersekolah di SK kalumpang , darjah enam. Aku selalu di buli. pergi sekolah adalah perkara yag menakutkan bagi aku.  on the way ke sekolah saja dah dihidangkan dengan 4 ekor anjing yg sngat garang. aku terpaksa lalu jalan tuh. sebab nenek tak kasi aku jalan utama. sebab banyak kereta. sebab aku cucu yg taat, aku terpaksa ikut jalan yg ade 4 ekor anjing tuh

sampai sekolah , baju aku basah. berpeluh pecut basikal chopper hijau aku . kawan2 bukan nak kesian, mengejek adalah. time tuh aku dibuli sebab suka kat sorang makwe yg cantik dan pandai dlm kelas. tapi sebenarnya awek tuh dok usha aku dari darjah 4. memana die selalu tgk aku. maybe kengkawan aku takde modal.. dieorg paksa aku bagitahu aku suke sapa.. aku menolak sekeras2nya.. tapi hati aku ni lembut cam mentega sunrise yg sedap tu. aku bagitahu la aku suke zarina. nama seindah rupanya yg putih melepak.

adelah 3 bulan aku di ejek dan sampai cikgu2 pon tahu aku suke minah tuh... tapi si zarina tuh... entah la... hanya tuhan saja tahu perasaan die kat aku. tak berani aku nak cakap. kemudian kami dibising dengan peperiksaan UPSR. aku takurt toi pasal exam ni. hehari kene study dengan abah kat rumah. die terapkan math kat anak2 die. kalo study dengan die. kaki dan tangan kat muke aku. memang sakit tapi dlm sudut hati aku tak membencinya. dan ternyata aku hebat dlm math lepas tuh.

Saturday, 2 April 2011

Chat Logs #1

pukul 7.00 pagi, harini cuti sekolah , walaubagaimanapun aku kene ready pergi tusyen. selepas mandi.. aku buka PC ku. aku bukak connection Dail up tmnet. bunyi ewokewok agak merungsikan jiwa aku. aku harap satu hari nanti nak bukak connection ni tak perlu ada bunyi sakit jiwa ni.

aku membawa mouse ku dan klik pada software MIRC. aku memeriksa nickname dan server yang ingin aku layari. Yoep84 dan server dalnet. lalu ku klik bebutang connect dan ku terpaksa menunggu 5 minit untuk selesai connection mirc tersebut.

setelah selesai, ku masuk kedalam channel yg ku biasa lawati., #geng namanya. didalamnya ade seorang OP. ku hanya tersenyum. melihat OP itu adalah wanita yang aku sukai. kak nazatulakhma. lawa namanya. tapi entah lawa rupanya tidak ku tahu

NazatulAhkma : A'skum dik
Yoep84: Wasalam kak
NazatulAhkma : dah sarapan? lom pergi tusyen?
Yoep84: belum lagi kak , tgh tunggu acu ambik.
NazatulAhkma : oooo
Yoep84 : eza sihat?.. mana die?
NazatulAhkma : aih... rindu ke?
Yoep84 : heh...

peng peng!  hon kereta acu aku berbunyi. aku mula bersiap lalu..

Yoep84 : Akak.. adik nak gi tusyen dulu ye bye..
NazatulAhkma : ok dik takecare... i'll miss u

lalu ku tutup PC tuh tanpa membalas kata2 manisnya

pantun untuk depa

pantun ni untuk propaganda dlm game erepublik... masa tuh eindonesia mahu menakluk emalaysia. pantun ni dapat menyemarakankan semangat emalaysian mempertahan kan negara sendiri

tuah mempunyai keris tamingsari
dapatnya dari kepulauan jawa
sudah lama kami membilang hari
akhinya perang pilihan anda

timbang beras guna cupak
beras diguna masa nasi byrani
kamu ingat kami cuak
kami ini bangsa berani

lastik helang kena punai
geram hentak pokok dengan parang
janji dicipta tidak ditunai
gitula perangainya orang yang curang

jaja ayam di pasar tani
dibeli oleh orang besar
peluang tutup buat kali ini
lihat siapa yang terrar!

impian musnah
janji tidak dikota
kebencian dicipta
itu di impi seorang bernama..

penyangak!!

sekian...

From eMalaysia With love... to DeeLune

 surat cinta ni aku wat sempena merebut kasih seorang player erepublik yg berasal dari indonesia. haha die agak teruja bila presiden of eindonesia dan emalaysia epropose kat die... tapi akhirnya cinta aku tak terbalas...

 Dear Dee

i set my eye one you
i see you as women
women that i can share my love

everyday every night
i dream about you
your face always in my mind

you a flower and im your bug
we meant to be together
forever

word can describe my feeling
i can't hold it anymore
Three world i would say

 I love you

Rose for you



marry me DeeLune

si mamat yg ku panggil Katak

bile kau kata kau setia
nko tipu kami
kau lari bila susah
itu la kau
melompat2
kau ingat kau hebat
cakap seperti kau saje yg betui
bising bila kami tidak mengguna bahasa mu dengan betui
pegi mati la
kami tak mahu kamu

aku dan kucing....

Berak lagi!!!!


itu keluhan aku pada setiap pagi bile aku balik rumah... tahi kucing merata di halaman luar rumah ku... acap kali balik rumah kene basuh tahi2 dieorg ni.. haish... kalo luar je takpe.... di dalam ade seko yg paling disayangi oleh family ku... yelah kan dulu beli die rm500.. masa tuh kitten agi.. sekang jual mahu ribu2.

atoy nama die beri... die ni agak fond dengan aku. yelah bebalik aku je yg main2 nan die... belai2 die. die suke terkam betis aku.. kalo pakai seluar jeans.. mahu melekat je kat betis aku ni.. bulu die lebat yela baka parsi kan dengan with golden hair pergh..

aku kekadang rasa kesian kat die.. sebab muka die cam sedih je bile aku nak kuar.... pandangan syahdu die kat aku wat aku rasa cam nak je bawak die sekali... tapi apekan daya die seekor kucing...

Thursday, 24 March 2011

Aku dan Kopi

Hari ni aku breakfast  McD's sausage McMuffin.. sedap gak.. air die aku order kopi panas.. pergh... aku rasa sejuk sangat pagi ni.. tuh aku order kopi.. aku agak mengantuk lak pagi ni...di lappy PINK azimat aku ni aku pasang lagu soundgarden , Black hole sun.. pegh teringat zaman aku dok lepak nan member2 ProfPsycho minum kopi panas after jamming..

Kopi... memang banyak membantu aku.. teringat aku zaman aku nak ambik PMR dan SPM... kopi jadi peneman aku study math. bile hirup je kopi tuh...nko cam dapat satu tenaga petala langit yg boleh nko wat fokus 100% kat ape yg buat tuh. aku penah addicted kat kopi.. kalo gi lepak kedai mamak.. kopi ais jadi menu aku. aku rasa kaffein cam drug dah.. lol

even kawan aku banyak admit. kopi leh wat korang hyper. aku tak terer kimia so aku tak dapat terangnya secara kimia (kimia aku fail waktu SPM haha) tapi ape pon kimia memang leh wat korang hyper dan aku gerenti nko nye ngantuk tuh akan hilang gitu je haha

Monday, 21 March 2011

Aku dan Erepublik

Makan McDonald's Fillet o fish dengan air teh bunga kristaminum bukan satu dinner yg healthy.. tapi aku dapat ni free setelah adik aku tanak makan burger tuh.. so tak layak aku nak tolak rezeki tuh dengan di dompet hanya mempunyai sebanyak RM 100 ringgit. cukup menampung belanja aku hingga akhir bulan ni.. hmm

aku menjenguk lappy PINK azimat aku.. ku lihat..... *treet treet* ah awek aku call. die pasti risau sebab aku jatuh tangga td.. sakit wo.. gi clinic cucuk haha.. pastu urut sendiri.. sakit wooo... tak lama kami di talian. trainnya sudah sampai. ah risau gak die kat aku... aku syg die sgt!

selepas tuh aku menjengguk kembali lappy ku.. ku tgk game Erepublik pagi td aku lupa nak off. Erepublik adalah web game tentang sosio-politic. dlm game ni kita leh berperang menakluk negara lain (dlm game ni menggunakan negara yg sebenar) dan juga kita boleh menjadi ahli politic. jadi ahli congress atau president. game yg ku main dari setahun lepas telah membuka mata aku bahawa setiap dari kita perlu ade semangat patriotik.

selama aku bermain dlm game ni , aku pernah menjadi e-President of e-Malaysia. ketika itu e-negara di ambang peperangan dengan e-Indonesia. dengan ketenganan didunia luar , menjadi sebab peperangan itu berlaku. jadi aku dan e-President indonesia ketika itu , Masila atau nama sebenarnya fidel berhasrat menamatkan ketegangan ini. fidel adalah lelaki biasa dari sulawesi yg agak tidak setuju dengan kempen  "ganyang Malaysia" di luar, telah menelifon aku dari indonesia semata2 mahu mendengar kenyataan aku yg jujur dari sore aku yg agak la romantik ni. perbualan kami takde la formal sangat tapi pada aku agak meaingfull dan kami setuju pada sama sendiri.. kita mesti damai. akhir kami damai juga sepanjang term kami berdua selepas tuh e-Malaysia Dijajah oleh e-Serb

Sunday, 20 March 2011

Aku dan Pen...

rasa nya aku ni takde la se jiwang mana... aku rasa la.. aku tak cukup jiwang.. hmm aku ni naif kot.. aku sukar nak expresskan hati aku kat sesorang. cam aku kate aku minat die.. payah sgt. maybe kelebehan yg memang dah ade kat aku jadi bau penarik dieorg untuk mendekati aku.


nak kate ensem...? ptuih.... aku ensem ke weh?.. dah la porot godang.. ondaik...! haha perkataan org rao ( tg malim dan gopeng banyak la suku kaum ni. dan aku tergolong dari mereka ). org kate penulis mempunyai hati jiwang2 gitu. pada aku semua org jiwang... kalo tak jiwang cam mana depa nak bercinta kan?

aku leh kate aku start berjiwang ni dari umur aku 11 tahun. waktu tuh aku ade minat sorang perempuan ni.. cukup minat sampai aku penah wat satu naskah skrip untuk  teater klasik. di sebagai dayang istana dan aku pulak.. haha mesti la laksamana negara.. aku tergelak bile skrip aku wat tuh kantoi dek tangan mak aku.. kene gelak sakan satu family aku tgk aku wat benda alah tuh haha. tapi itu cara nya. tapi aku tatau mana pegi text tuh.. dah jadi bungkus nasi lemak kot..

pada dasar nye... aku memang tak suke menulis.. lelagi karangan untuk 3 exam paling kejam masa skolah. UPSR , PMR dan SPM.. sepanjang waktu ni aku tak banyak menulis.. aku rasa tak menulis pon... aku aktif dlm sukan. main psone , sibuk chatting kat MIRC. mengayat dak tuh dak ni. pegi jamming nan kawan2.. bercinta... sampai aku lupa masa aku nak menulis. waktu ni aku otw melatihkan diri ku menjadi seorang pakar math yg terulung. tapi takde la berjaya sangat.

gitu juga di zaman ku die politeknik. aku banyak menghabiskan masa study. dan main game online (yg waktu tuh tgh hot..). sehingga aku die ajak join internet forum.. disebabkan aku  minat Anime.. aku join satu forum dinamakan Putranime HQ. disini aku mula mengasah bakat ku sebagai penulis. aku ingat sahabat ku yg mempunyai pemikiran yg agak radikal menubuhkan geng Free writer. dimana kami digalakkan menulis bende yg anda rasa nak tulis. sambil2 tuh ade projek novel yg cuba kami perkenalkan dengan cara kami. tapi tak berjaya.. hmm

aku teruskan menulis... aku ade tulis sajak.. siap post di webpage sajak tapi aku lupa dan aku rasa ramai mengcritic aku.. aku peduli apa.. tapi kekadang sakit gak bile tgk komen2 pedas.. sigh..  aku juga mula bergiat dlm penulisan Fanfic.. Fan fiction. penulisan ni lebeh kepada mengembangkan satu cerita yg telah ada. ade view seorang fan. adelah beberapa fanfic aku tulis cam.. Macross Emperor dan the secret life of Ian the lancer. just aku tak publish kat memana.. just for my own joy.

dari kehari.. aku terus menulis sampai stu masa akus stop.. sebab aku kehilangan idea.. sampai aku met somebody dlm chat IMVU. die seorang guru dan meminati penulisan. pada mula nya aku nan die banyak share idea pasal penulisan. aku nan die mula menulis satu buku tentang kisah anak muridnya yag terjebak dalam hubungan homoseksual. pada mulanya berjalan dengan baik dan kami berdua fall in love sampai aku tinggalkan awek aku yg masa tuh aku dah jelik dengan perangai die yg suke mengongkong aku. aku seorang free soul. aku tak suke org kongkong aku... belum kawen nak control aku.. lain la die mak aku...

berbalik kepada kisah aku nan cikgu tuh... kami mulai menulis. tapi die ni lak kuat jeles. kami gaduh kerana aku takbanyak spend time nan die.. sampai die dump aku camtuh je.. sebab aku tak banyak spend time nan die.. so get lost...

and gitu la jadi nya aku... setelah attend beberapa session yg projek rabak buat. aku mula start menulis. dengan cara dan gaya aku tersendiri. aku rasa seronok bila menyatakan isi hati ku di atas kertas atau di monitor lappy PINK azimat aku ni.. haha. aku akan terus menulis sampai bebila

Aku dah tua...!!!

lagi beberapa jam. aku akan berumur 27 tahun. tanggal pukul 3.07 am ( menurut surat beranak aku) aku dilahirkan di hospital tapah. ibu bapa waktu itu aku rasa pasti excited menyambutku lahir dunia ni. sudah hampir 3 dekad aku idup didunia ni. banyak pengalaman aku tempohi. aku syukur di lahirkan dlm agama paling suci didunia , Islam dan berada dlm keluarga yg bahagia.

syukur sangat....

ape pon di tahun ini ku harap dapat buat lebeh baik dari tahun2 sebelum nye. umur ku hampir 30 dan org kata " man life start in 30ties" hmm i hope they right about that. maybe juga aku sudah ade kerjaya yg mungkin aku idamkan selama ini. betui gak org kata , kita takkan dapat ape kita nak sangat. sigh....


syukur sangat.....

kini aku cuba bertanggung jawap ape yg aku di tanggung jawapkan. cinta aku kat Allah SWT akan aku kuat kan lagi. hanya die yg maha penyayang dan maha pengasih. cinta kat keluarga aku.. aku akan cuba ubah gaya idup ku yg agak slacker ni. noboby dumb kat dunia ni.. setiap manusia ade kelebehan. reveal it dan aku tanak kecewakan keluarga aku lagi aku akan terus berjuang sehingga boleh. dan juga cinta hati aku. i will love u 4ever syg. i mean it.. i have found the ruby i been looking all this year.. and the ruby is u...

Wednesday, 16 March 2011

Start a Day as a writer...

Domo...


and Assalamualaikum semua.


sebenarnya agak lama teman tak menulis.. teman berhenti setelah projek free writing di forum Putranime HQ tuh tamat. disebabkan hanya mahu memprotest kekurangan forum tersebut. takpa la awak ni maleh nak kenang kisah silam. move forward bak kate org puteh.

Kenapa teman ingin menulis balik?. teman leh berterima kasih la kepada kawan baik teman , Mohd Jayzuan dan ahli2 kelab buku Rabak setelah membantu awak ni dapat ilham. sebenarnya banyak dah idea kat dalam kepala hotak ni. ade beberapa cerita yg ingin awak tuliskan seperti kisah teman dolu2. waktu teman giler main chat. zaman tuh... banyak memori manis dan pahit yg teman tempuhi..

ape pon... diharap ramai la yg akan membaca karya teman ni..  itu je.. chiow